Posts

Showing posts from June, 2009

IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN 1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. 2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:- a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual. c. Terselamat dalam nahas udara atau laut. 3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. 4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan. DIFINISI Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesu