Posts

Showing posts from September, 2009
Image
Peta Daerah Baling

Politik Daerah Baling

Pada Pilihan raya ke-12 (2008), Parlimen Baling telah dimenangi oleh Pas . Tiga DUN iaitu Bayu (dimenangi oleh BN ), Kupang (dimenangi Pas) dan DUN Kuala Ketil (dimenangi PAS).

Aktiviti Sosial Dan Agama Daerah Baling

Komposisi penduduk Daerah Baling terdiri dari Melayu (lebih 85%), Cina, India, Thai dan lain-lain. Terdapat 64 buah masjid, 5 buah rumah berhala Buddha, 4 buah kuil Hindu serta sebuah gereja.

Aktiviti Ekonomi Daerah Baling

Sumber utama pendapatan penduduk di daerah Baling ialah pertanian, perniagaan,bekerja dengan kerajaan dan swasta serta pekerjaan berasaskan kemahiran seperti pertukangan dan vokasional. Kuala Ketil merupakan pekan yang berkembang pesat aktiviti ekonominya di daerah ini. Ini disebabkan Kuala Ketil berada dalam kawasan segitiga perindustrian iaitu Kulim-Sungai Petani-Kuala Ketil. Kuala Ketil berada pada kedudukan 10 km dari Sungai Petani dan 42km dari Butterworth Pulau Pinang. Terdapat sebuah pekan kecil, iaitu Parit Panjang yang mempunyai lebih 55 premis perniagaan.Uniknya kesemua peniaga adalah kaum bumiputra melayu,sesuatu yang unik di Malaysia.Kebiasaannya perniagaan di pekan dan bandar dikuasai oleh peniaga berketurunan cina.

Mukim-mukim Daerah Baling

Terdapat 7 mukim di daerah Baling iaitu Mukim Siong, Mukim Baling/Bongor, Mukim Pulai, Mukim Kupang, Mukim Tawar, Mukim Teloi Kanan dan Mukim Bakai. Terdapat 183 kampung, serta berpuluh taman perumahan di daerah ini. Bandar atau pekan yang berada di daerah Baling ialah Bandar Baling, Malau, Kampong Lalang, Kota Baling Jaya, Kupang, Tawar, Kuala Pegang, Parit Panjang dan Kuala Ketil .Satu-satunya tanah rancangan Felda yang wujud di daerah ini ialah Felda Teloi Kanan.Peneroka di felda ini seramai 263 orang.

Sejarah Baling

Baling sebuah daerah yang terkenal dengan pelbagai susur galur sejarah yang juga mewarnai sejarah tanah air. Baling merupakan tempat di mana Parti Komunis Malaya , Kerajaan Malaysia , dan British berjumpa pada tahun 1955 untuk menamatkan Darurat . Tunku Abdul Rahman , yang ketika itu merupakan ketua kerajaan, memujuk ajar komunis menyerah secara aman dan berjanji tiada tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Tetapi, Chin Peng yang merupakan ketua Parti Komunis Malaya mendesak agar kerajaan dan pihak British mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang sah supaya ia boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di Malaysia. Permintaan ini ditolak dan menyebabkan tiada perjanjian dicapai

Asal Usul Nama Baling

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling. Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat kep

Sejarah Daerah Baling, Kedah

Baling merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Kawasan Parlimen Baling di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia. Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau; serta buah-buahan tempatannya, seperti durian dan langsat. Selain itu, Baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, di mana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong. Ada 3 kolam air panas yang berbeza suhu. Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.