Monday, June 8, 2009

IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar Hidup

IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN

  1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu ikhtiar hidup adalah perlu digunakan.
  2. Ilmu ikhtiar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:
    • Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
    • Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
    • Terselamat dalam nahas udara atau laut.
  3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
  4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

DIFINISI

Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

OBJEKTIF

Kognitif

  • Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
  • Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
  • Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor

  • Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya.
  • Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
  • Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif

  • Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
  • Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
  • Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP

Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:

  • Kelaparan
  • Kehausan
  • Kesakitan
  • Kesejukan dan kepanasan
  • Keletihan
  • Kesepian dan ketakutan

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peraturan asas berikut perlu dipatuhi:

  1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hati dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga:
    • Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
    • Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
    • Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.
  2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu diadakan.
  3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin boleh melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.
  4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususnya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:
    • Perubatan:
      • Panadol untuk sakit kepala, demam dan lain-lain.
      • Lomotil untuk cirit birit.
      • Cadusil untuk radang perut.
      • Antibiotik
      • Ubat gatal
      • Plaster, pembalut dan ubat luka.
    • Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:
      • Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
      • Bungkusan glukus
      • Bungkusan gula
      • Bungkusan garam
      • Pil-pil vitamin

TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN

Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakannya tumbuh di kawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN

Kebanyakan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:

  1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuhan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh dimakan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
  2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensitif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.
  3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhan tersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan:
    • Rasa kelat dan sepat
    • Rasa loya
    • Rasa gatal-gatal dedaun mulut.
  4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negatif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:
    • Rasa mual
    • Sakit perut
    • Demam dan sakit sendi tulang
  5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN

  • Jangan memendekkan ujian.
  • Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
  • Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
  • ...
diperolehi dari hutan.

Sejarah ASTRA — Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia

Sejarah ASTRA — Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia Sejarah ASTRA — Persatuan Radio Amator Me...