UMNO Dalam Kerajaan Perpaduan: Realiti, Strategi dan Tanggungjawab
Oleh: Besari bin Md Daud
(Penganalisis Politik Bebas)
Pendahuluan
Sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan pasca PRU15, ramai yang tertanya-tanya: Mengapa UMNO sanggup bersama dengan DAP? Persoalan ini sering dibangkitkan oleh akar umbi, penyokong dan rakyat secara umum.
Hakikatnya, jawapan kepada soalan ini bukanlah semata-mata bersifat emosi, tetapi memerlukan kefahaman terhadap realiti politik, tanggungjawab kenegaraan, serta strategi jangka panjang UMNO dalam landskap politik Malaysia yang semakin kompleks.
1. Demi Kestabilan Negara
- Mengelakkan ketidaktentuan politik
- Menjaga ekonomi dan kebajikan rakyat
- Mengelak pilihan raya semula yang membazir
2. Mengutamakan Kepentingan Negara Melebihi Sentimen
- Membendung pengaruh ekstremisme dan politik kebencian
- Meningkatkan kepercayaan pelabur dan kestabilan institusi
- Mengukuhkan kerjasama pelbagai kaum dalam kerangka Perlembagaan
3. Kuasa Konsensus, Bukan Dominasi
- Tiada parti dominan
- Semua keputusan dibuat secara musyawarah
- UMNO tetap mempertahankan Islam, Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu/Bumiputera
4. Realiti Politik Baharu: Solo atau Gabungan?
Menuju PRU akan datang, timbul persoalan besar: Adakah UMNO akan bertanding solo atau kekal dalam gabungan?
- Kekuatan akar umbi dan sokongan rakyat
- Prestasi UMNO dalam kerajaan sekarang
- Kematangan rakan-rakan gabungan dalam menghormati semangat Perlembagaan
5. Menjauhkan Negara dari Ancaman Ekstremisme
- Merosakkan keharmonian kaum
- Melemahkan institusi demokrasi
- Mengancam dasar-dasar pro-Bumiputera
6. Nasihat Buat Sesama Ahli UMNO
Janganlah kita membenci Presiden secara berlebihan.
DS Zahid Hamidi bukan sempurna, tetapi beliau dipilih secara sah oleh kita. Sehina-hina beliau di mata orang luar, beliau jugalah yang menyelamatkan UMNO daripada pembatalan pendaftarannya. Sejahil-jahil beliau, tidak pernah beliau mensyurgakan atau mennerakakan orang seperti sesetengah pihak.
“Meludah ke langit, pasti jatuh ke muka sendiri.”
Jika kita mahu perubahan, gunakan saluran yang betul – iaitu melalui pemilihan parti apabila sampai waktunya.
Penutup
UMNO bersama Kerajaan Perpaduan bukan kerana melupakan perjuangan, tetapi kerana berjiwa negarawan. Dalam dunia politik yang semakin berpecah, hanya parti yang bersifat matang, realistik dan strategik mampu bertahan dan terus relevan.
“UMNO tidak mengalah, tetapi memilih jalan yang lebih sukar demi agama, bangsa, dan negara.”


