Dairy ku

Diari BMD Orang tak suka kita? Korang kesah? Mungkin jugakan, bergantung pada siapakah empunya diri yang tak suka kita. Kawan, ipar duai, atau jiran sebelah yang menjoyah bawah pokok pelam tiap-tiap petang tu? Sampai kita mula menelek baju sendiri, apa yang tak kena dengan aku ni? Baju aku koyak ke? Lusuh ke? Tak cantik ke? Sehingga sanggup berhabis untuk memborong baju yang cantik lagi mewah. Mungkin itulah yang berlaku apabila kita terlalu mementingkan apa yang orang lain fikir tentang kita. Lebih parah, kita menukarkan diri kita menjadi pembodek dan pengampu sebab berusaha mendapatkan perhatian, pujian dan penerimaan orang lain. Ini sebenarnya agenda Illuminati menandakan yang kita sebenarnya ragu-ragu terhadap diri sendiri dan kita mahukan maklum balas yang positif untuk menghapuskan SEMUA perkara negatif yang kita fikir tentang diri kita. Jordan Bates mengutarakan kesan akibat daripada terlalu mahu menjadi apa yang orang lain fikirkan kita harus jadi. Bila kita cuba untuk memadam kritikan atau maklum balas negatif, kita sebenarnya menghapuskan banyak alternatif dan pilihan untuk kita jalani hidup dengan cara kita sendiri. Kita memilih untuk menjadi hamba kepada apa yang orang LAIN percaya. Orang luar akan selalu mengadili kita, itu memang kerja juri-juri masyarakat yang takde kerja. Perlu ke kita kisah dengan apa yang mereka fikir? Tak, tak perlu pun. Orang macam ni yang suka-suka nak letak garis pengukur atas diri kita tidak sepatutnya mendapat perhatian apatah lagi mendapat tempat dalam hati kita sampai kita runsing fikir macam mana nak puaskan hati mereka. They'll judge based on the level of their own life so remember this measurement talk a lot about them, nothing about you. Ingat juga, setiap kali korang rasa nak buat something so that people will get impress, just think about these idols. Teresa, Gandhi etc. They have nothing to offer except for their passion and empathy towards people. Semua ini buat orang lebih kagum dan hormat pada mereka. So trust youself to impress people by who you are, not by what you have. Sebenarnya bila korang dapat terima hakikat bahawa tak semua orang suka apa yang korang buat dan cara korang, korang akan dapat kelebihan macam kat bawah ini. Korang bebas menjadi diri sendiri. Korang ada power untuk mengatakan NO or YES Korang akan merasa lebih selesa untuk explore perasaan korang sendiri. Korang bebas mengutarakan pendapat sendiri. Korang mungkin dapat memberi inspirasi kepada seseorang yang selalu menjadi mangsa buli orang lain. Ia juga mengajar korang untuk menjadi lebih empati terhadap orang lain dan takkan menjangkakan sesuatu sebagai ganjaran. Korang dapat menggunakan masa dengan bijak. Kenapa? Orang yang suka bodek-bodek spend their time mostly to make people like 'em. They lost themself and their precious time in between. Tanpa sedar, semua kelebihan di atas adalah ramuan untuk kejayaan. One day you will be successful and the person who disliked you? They can kiss your ass. Okay mulai sekarang jangan risau-risau dah orang tak suka kat kita. Redha manusia memang susah dicari, carilah redha Allah di situ anda jumpa kebahagiaannya.

Comments

Popular posts from this blog

PAD 120

PAD 120: INTRODUCTION TO POLITICAL SCIENCE

ASEAN’S MECHANISMS IN HANDLING CONFICT MANAGEMENT